Untungnya Sedekah*MUST READ

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi S.A.W telah bersabda :

” Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya ataupun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangannya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu adalah sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.”

SubhanAllah! Alhamdulillah! Lailahailallah! Allahu Akhbar! 




Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan dibekalkan rezeki dengan pelbagai sukatan. Ada yang kaya dan ada yang miskin, semuanya dari Allah. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya yang kaya supaya bersedekah kepada yang miskin sebagai bukti syukur atas pemberian Allah dan juga mengembalikan harta yang dipinjamkan oleh Allah kepadanya itu kepada asnaf yang berhak iaitu Fakir Miskin. Marilah kita hayati hikmah-hikmah sedekah supaya setiap dari kita tahu akan kelebihannya.


Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)

Hayat Sedekah:


Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111




Hikmah Bersedekah:
  • Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. 
  • Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan
  • Dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. 
  • Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh.


Keberkatan pada akhir hayat:

Seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa
penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu. Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud:
"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara:
Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya, Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain, dan doa anak yang salih. - (Riwayat Muslim)


Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakkan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya.

Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka.

"Sesungguhnya Allah tidak pernah melengah-lengahkan apa yang kita lakukan."

ANDA BUAT, ANDA DAPAT!

wAllahualam~

No comments:

Post a Comment