10K DALAM PERSAHABATAN ^^





Assalamualaikum wbt :)


Okay today cek agak sedikit tensionsss pikir bende yangg cek tak patut pikir kut . erghh 
-,-
nevermind, bende lepas usah kenang ken, habak orangg dulu-dulu lah :D ^_^Y


meyhh cek nak share 10K Dalam Persahabatan ~




  • KECINTAAN : Merupakan elemen yg paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mula rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kpd si pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "Uhibbuka/ki Fillah" (bagi sahabat yg sama jantina sahaja bg mengelakkan salah faham) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana ALLAH.
  • KASIH SAYANG : Lebih kurang sama sahaja maksudnya dgn kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kite, perlunya kita curahkan kasih sayang kita terhadap mereka. Kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan utk sahabat-sahabat kita. Insya-ALLAH, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
  • KEIKHLASAN : Dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan & rahmat drpd ILAHI. Tdk ikhlas ketika bersahabat dgn seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dgn seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yg dimilikinya.
  • KESETIAAN : Terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tdk kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.
  • KEBERANIAN : Utk berkata benar. Dlm persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yg menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yg dilakukan. Selain itu, berani juga dlm menasihati sahabat demi kebaikan mereka.
  • KEJUJURAN : Juga perlu dlm persahabatan. Jgn sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa drpd pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yg kita lalui dlm kehidupan kita. Jgn berahsia, melainkan pd perkara yg benar-benar perlu dirahsiakan.
  • KEMAAFAN : Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sbrg kesilapan, bersedialah utk memaafkannya. Tdk kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yg baik adalah sahabat yg bersedia utk memaafkan sahabatnya. Jika kita yg bersalah jgn malu utk meminta maaf drpd mereka kerana org yg dahulu meminta maaf adalah org yg hebat.
  • KESEDIHAN : Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sdg bersedih, maka ikutlah rasa sedih bersama-sama dgn mereka. Tawarkanlah bahu kita utk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yg akan mereka cari selain kita, sahabat mereka.
  • KEGEMBIRAAN : Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tdk mahukah kita bergelak tawa dgn mereka? Tdk mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan kita juga.
  • KESERASIAN : Di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun dlm persahabatan keserasian dpt diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat akan menjadi lebih baik & akan berkurang pergaduhan disebabkan salah faham.
WAllahualam , Wassalam :)


No comments:

Post a Comment